Info Kemerdekaan

Bulan ini kami sangat bertuah kerana bulan ini adalah Bulan Kemerdekaan Malaysia. Hari Kemerdekaan akan diadakan pada 31 Ogos 2017 yang ke-60 di Dataran Merdeka. Kami akan menceritakan sebuah cerita tentang kemerdekaan Malaysia di perenggan seterusnya.

        Belenggu penjajahan menyedarkan rakyat tentang pentingnya kebebasan tanah air.Oleh itu rakyat telah bekerjasama denagn pemimpin untuk medapatkan kemerdekaan. Permuafakatan antara pemimpin dengan masyarakat telah memudahkan proses mecapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

        1.Penduduk Jepun
             1942-1945

  • Rakyat hidup sengsara semasa pendudukan Jepun. Timbul kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menentang penjajahan.
  • Muncul pemimpin tempatan iaitu Ibrahim Haji Yaakob dan Burhanuddin Al-Helmy yang meggerakkan perjuangan untuk mendapatkab kemerdekaan bersama dengan Indonesia.
       2.Malayan Union
            1946-1948

  • Rakyat membantah tindakan British memperkenalkan Malayan Union yang merupakan satu penjajahan.
  • Dato' Onn Ja'afar telah memimpin orang Melayu untuk membantah perlaksanaan Malayan Union.
  • Malayan Union telah ditarik balik dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
       3.Ancaman Komunis
                   1948

  • Parti Komunis Malaya melakukan pelbagai ganasan seperti membunuh, memusnahkan lombong bijih timah dan ladang getah.
  • Ancaman komunis telah menggangu keamanan negara sehingga diisytiharkan darurat
  • Rundingan Baling telah diadakan pada tahun 1955.
  • Darurat telah ditamatkan pada tahun 1960
       4.Parti-Parti Politik

  • Parti-parti politik yang ditubuhkan pada waktu ini ialah United Malays National Organisation (UMNO), Malaysian Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC) dan Independence of Malaya Party (IMP)
  • Parti Perikatan telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.
  • Semua parti ini menuntut untuk mengadakan pilihanraya sebagai satu proses ke arah kemerdekaan.
       5.Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan
                                    1955

  • Parti Perikatan menang dalam pilihanraya ini.
  • Tunku Abdul Rahman yang menjadi ketua Parti Perikatan dilantik sebagai Ketua Menteri.
  • Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman telah berunding dengan British unuk mendapatkan kemerdekaan.
       6.Rundingan London
                 1956

  • Rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh Raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan telah ke London untuk berunding dengan British mengenai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Mereka berjaya menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London.
        7.Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
                                   1957

  • Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Kebijaksanaan dan kehebatan tokoh-tokoh kemerdekaan telah berjaya memerdekakan negara kita. Oleh itu, kita harus berasa bangga dan menghargai pengorbanan mereka.

1.Dato' Onn bin Ja'afar


  • Merupakan pengasas UMNO
  • Menggerakka orang Melayu untuk bersatu padu menentang penubuhan Malayan Union
  • Menteri Besar Johor
  • Pengasas IMP
2.Dato' Haji Abdul Wahab bin Haji Aziz (Panglima Bukit Gantang)

  • Setiausaha UMNO yang pertama dan menentang penubuhan Malayan Union
  • Menjadi wakil Raja-raja Melayu dalam Rombongan Kemerdekaan
  • Menteri Besar Perak
3.Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

  • Menubuhkan Parti Perikatan
  • Mengetuai Rombongan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
  • Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama
  • Diberi gelaran Bapa Kemerdekaan
4.Tun Tang Cheng Lock

  • Presiden MCA yang pertama
  • Membawa MCA bergabung dengan UMNO dalam Penubuhan Parti Perikatan
  • Mendapatkan kerakyatan bagi masyarakat Cina
  • Menanamkan perasaan taat setia pada negara 
5.Tun Abdul Razak bin Hussien

  • Ahli dalam Rombongan Kemerdekaan
  • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
  • Timebalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu
  • Diberi gelaran Bapa Pembangunan
6.Tun HS.Lee

  • President MCA Selangor
  • Penggerak kerjasama UMNO-MCA
  • Anggota Sistem Ahli
  • Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama
7.Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman

  • Berjuang secara aktif untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
  • Wakil UMNO untuk berunding dengan MCA bagi membentuk Parti Perikatan
  • Anggota Sistem Ahli
8.Tun V.T Sambanthan

  • Presiden MIC pada tahun 1955
  • Terlibat dalam proses mencapai kemerdekaan negara
  • Mendapatkan kerakyatan untuk masyarakat India
  • Menteri Kesihatan Persekutaun Tanah Melayu yang pertama
Kerjasam dalam kalangan pemimpin menjadi kunci utama kemerdekaan negara kita. Rombongan Kemerdekaan telah ke London pada tahun 1956 untuk berunding dengan pihak British bagi mendapatkan kemerdekaan.
         Ahli rombongan ini terdiri daripada empat orang wakil Raja-Raja Melayudiketuai oleh Dato' Haji Abdul Wahab bin Haji Aziz (Panglima Bukit Gantang), Abdul Aziz Majid, Dato' Mohd Seth dan Dato' Nik Ahmed Kamil. Wakil Pari Perikatan pula terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussien, Dr. Ismail Abdul Rahman, kolonel H.S Lee dan Encik Bahaman Shamsuddin. Wakil British pula diketuai oleh Lord Allan Lennox-Boyd.

  1. Rombongan Kemerdekaan ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Hasil rundingan ini dikenali sebagai Perjanjian London. Perjaqnjian tersebut memutuskan bahawa 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
      
      2. Keratan akhbar  Utusan Melayu yang menunjukkan Rombongan Kemerdekaan sedang berbincang di Lancaster House, London.

      3. Tunku Abdul Rahman menadatangani Perjanjian Memerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Lord Allan Lennox-Boyd.

CERITA BONUS

Nenek Nancy berumur sebelas tahun semasa Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Dia munulis peristiwa bersejarah itu dlam diarinya.

20 Februari 1996 Hari Isnin

Saya tinggal di Banda Hilir, Melaka. Hari ini bapa mengajak saya ikut bersamanya melihat Rombongan Kemerdekaan yan akan tiba di padang Banda Hilir.
    Setibanya kami di sana ramai orang telah berkumpul menantikan ketibaan Rombongan Kemerdekaan. Hampir setengah jam kami menunggu akhirnya Rombongan Kemerdekaan pun tiba. Sya melihat bapa saya terlalu gembira.
   Saya melihat Tunku Abdul Rahman naik ke pentas dan membaca tarikh kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 1957. Selesai sahaja membaca, Tunku Abdul Rahman melaungkan 'merdeka' diikuti oleh orang ramai termasuk bapa dan saya.

30 Ogos 1957 Hari Jumaat

Hari ini saya dan keluarga saya pergi ke Kuala Lumpur untuk meraikan kemerdekaan. Pagi-pagi lagi kami bertolak dari Melaka dengan menaiki teksi. Sepanjang perjalanan, saya melihat banyak kenderaan awam yang membawa bendera. Kami berehat di rumah saudara kami di Bangsar
      Kami tiba di Padang Kelab Selangor pada lewat petang. Ramai orang telah berhimpun di situ untuk menyambut ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Tepat pukul 12.00 tengah malam saya menyaksikan bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Saya melihat bapa dan ibu menitiskan air mata semasa bendera dinaikkan. Orang ramai bersorak gembira. Bapa juga bersorak seperti mereka. Bapa memeluk saya dan ibu tanda gembira.

31 Ogos 1957 Hari Sabtu

Hari ini merupakan hari pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Kami menaiki teksi menuju ke Stadium Merdeka. Saya melihat ramai orang berada di Stadium Merdeka.
      Saya mendengar ucapan wakil Ratu England. Kemudian, saya melihat dokumen pengisytiharan kemerdeekaan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Tepat pukul 9.30 pagi, Tunku Abdul Rahaman membaca pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Laungan 'merdeka' sebanyak tujuh disambut oleh orang ramai di Stadium Merdeka dengan penuh semangat.
     Sesungguhnya hari ini amat bermakna. Saya tak akan melupakan detik-detik yang penuh bersejarah ini.
               Terima kasih, ayah sebab membawa saya ke sini.

Sambungan Info Kemerdekaan:

Pada setiap tahun, Hari Kemerdekaan disambut dengan tema yang berbeza. Pelbagai persiapan dilakukan bagi merayakan hari tersebut sebagai tanda cinta akan negara.


  • Stadium Merdeka dibina sebagai tempat menyambut Hari Kemerdekaan.
  • Pemasangan kain rentang bercorak bunga kebangsaan pada bangunan
  • Mengibarkan bendera pada bangunan dan tempat kediaman.
  • Dendangan lagu kebangsaan dan patroitik pada radio.
  • Perarakan semasa sambutan Hari Kemerdekaan
Nilai murni:

Kita mesti cinta akan negara dan bersyukur atas apa yang kita ada sekarang.

Sekian, Terima Kasih...



Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Kemerdekaan